Tuesday, May 15, 2012

Nota Hati Buat Guru

Ku titipkan puisi ini untuk insan-insan yang bergelar guru diluar sana...

Jika hari ini…..

Anakmu ini megah sebagai jurutera,
Tidak dilupa akauntan si juara mengira,
Lebih dikagumi doktor yang berkhidmat tak kira masa,
Jua ustaz yang dihormati selaku golongan agama,
Tidak kurang juga yang menjadi pendidik si anak bangsa,
Masih ada juga yang bergelar mahasiswa di serata negara dan dunia,
Juga seluruh natijah insan hasil  didikan kalian

Semegah manapun kami berdiri kini,
Hari itu tetap kami kenangi,

Hari di mana dikau mendidik kami erti kehidupan,
Menyuluhkan ilmu dalam belantara kejahilan,

Terkadang menjadi ibu, bapa dan sahabat,
Tanpa jemu melantunkan nasihat,

Hari kami dileteri, diherdik dan didenda,
Semata ingin melihat kami berjaya,

Ingin dinoktah tutur bicara,
Dengan menyuratkan apa dirasa ,
Rasa terima kasih tidak terhingga,
Di atas didikan azimat berguna…

No comments:

Post a Comment

Post a Comment