Saturday, October 9, 2010

04 : 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya


Tajuk : 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya
Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Helaian : 125
Penerbit : Ilham Centre
Harga Pasaran : RM15
Harga D' Owner Enterprise : RM 15 JUGA
Sinopsis : "50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh" ini, di mana ia memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.

Antara tokoh-tokoh yang berpengaruh diulas di dalam buku ini ialah Khalid Al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Kannasah, Umar Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir Al-Jarrah. Selain dari itu, turut dimuatkan juga kisah disebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan daripada penulis sendiri.

Buku ini amat berguna dan sesuai untuk orang yang cintakan sejarah dan cintakan ilmu lantaran buku ini memuatkan banyak fakta berkaitan dengan sejarah Islam. Ia juga sesuai sekali untuk para pemidato bagi melengkapkan teks-teks pidato mereka, juga buat abang-abang atau kakak-kakak fasilitator ketikamana memberikan slot motivasi mereka kepada adik-adik. Pendek kata, buku ini amat bersesuaian untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan.

Islam telah melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang. Mereka sepatutnya dijadikan contoh dan tauladan bukannya terlebih dahulu kita melihat dan mengambil contoh daripada tokoh-tokoh Barat. Jasa mereka terhadap Islam menjadi sumbu dan obor kepada kemenangan Islam selepasnya.

Berbeza dengan buku kata-kata hikmah lain yang mana hanya menghimpunkan kata-kata sahaja tetapi buku ini telah memuatkan kisah-kisah disebaliknya berserta kupasan yang menarik. Bahkan gaya pengolahan yang ringkas tetapi padat dengan isi juga menjadi daya penarik yang unggul dan berkesan kepada para pembaca yang budiman.

Amat rugi sekali jika sahabat-sahabatku yang menjadikan dirinya sebagai pembaca yang tegar tidak menjadikan buku ini sebagai salah satu dari koleksi simpanan peribadi. Sentuhan anak muda yang menjadi pemimpin massa ini wajib ditatapi dan dihayati. Malah untuk pimpinan pelajar mahupun pimpinan negara, kalian harus juga memilikinya.

No comments:

Post a Comment