Saturday, October 9, 2010

04 : 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya


Tajuk : 50 kata-kata tokoh berpengaruh dan cerita di sebaliknya
Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Helaian : 125
Penerbit : Ilham Centre
Harga Pasaran : RM15
Harga D' Owner Enterprise : RM 15 JUGA
Sinopsis : "50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh" ini, di mana ia memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.

Antara tokoh-tokoh yang berpengaruh diulas di dalam buku ini ialah Khalid Al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Kannasah, Umar Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir Al-Jarrah. Selain dari itu, turut dimuatkan juga kisah disebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan daripada penulis sendiri.

Buku ini amat berguna dan sesuai untuk orang yang cintakan sejarah dan cintakan ilmu lantaran buku ini memuatkan banyak fakta berkaitan dengan sejarah Islam. Ia juga sesuai sekali untuk para pemidato bagi melengkapkan teks-teks pidato mereka, juga buat abang-abang atau kakak-kakak fasilitator ketikamana memberikan slot motivasi mereka kepada adik-adik. Pendek kata, buku ini amat bersesuaian untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan.

Islam telah melahirkan ramai tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang. Mereka sepatutnya dijadikan contoh dan tauladan bukannya terlebih dahulu kita melihat dan mengambil contoh daripada tokoh-tokoh Barat. Jasa mereka terhadap Islam menjadi sumbu dan obor kepada kemenangan Islam selepasnya.

Berbeza dengan buku kata-kata hikmah lain yang mana hanya menghimpunkan kata-kata sahaja tetapi buku ini telah memuatkan kisah-kisah disebaliknya berserta kupasan yang menarik. Bahkan gaya pengolahan yang ringkas tetapi padat dengan isi juga menjadi daya penarik yang unggul dan berkesan kepada para pembaca yang budiman.

Amat rugi sekali jika sahabat-sahabatku yang menjadikan dirinya sebagai pembaca yang tegar tidak menjadikan buku ini sebagai salah satu dari koleksi simpanan peribadi. Sentuhan anak muda yang menjadi pemimpin massa ini wajib ditatapi dan dihayati. Malah untuk pimpinan pelajar mahupun pimpinan negara, kalian harus juga memilikinya.

03 : Abdul Hadi awang murabbi, ideolouge ,pemimpin


Tajuk : Abdul Hadi awang murabbi, ideolouge, pemimpin
Penulis : Riduan Mohamad Nor
Helaian : 411
Penerbit : Jundi Resources
Harga Pasaran : RM30
Harga D' Owner Enterprise : RM20 SAHAJA

Sinopsis : 
Buku ini diluncurkan untuk merakamkan perjalanan seorang tokoh besar dalam politik dan dakwah di negara ini. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menoreh nama yang besar pada lembaran sejarah kebangkitan Islam di Malaysia pada penghujung dekad 70an dan dekad 80an sehingga beberapa kali menghiasi majalah antarabangsa seperti Asia Week. Beliau telah diangkat menjadi ikon peserta kebangkitan Islam di Malaysia sehingga situasi itu digelar sebagai fenomena Haji Hadi, ceramah dan kuliahnya mencecah ribuan pendengar.
Aktiviti pembinaan kader dakwah juga berjalan dengan rancak pada dekad 80an dengan Tuan Guru menjadi tenaga pengisi paling utama di samping tokoh-tokoh ulama muda yang lain seperti Ustaz Harun Taib, Ustaz Yahya Othman, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rushdi, Ustaz Hassan Shukri dan lain-lain nama lagi yang tidak mampu untuk disenaraikan disini. Buku ini merakamkan sebahagian potret perjuangan tokoh besar uamt Islam ini dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak di panggung politik dan dakwah, juga untuk koleksi nostalgia generasi lama di medan perjuangan siasah negara ini yang mempunyai kenangan kolektif yang cukup manis, berada dalam dekad 80an, yang sarat dengan program amal tarbawi yang mengikat ukhuwah.

02 : Gaza Menangis


Tajuk : GAZA MENANGIS Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza
Penulis : Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor
Penerbit : Jundi Resources
Harga Pasaran: RM 20
Harga D' Owner Enterprise : RM15 SAHAJA
Sinopsis : Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, Al Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium ini.

01 : Tafsir Quran Per Kata




Judul : Tafsir Qur’an Per Kata Dilengkapi Asbabun Nuzul & Terjemah
Penulis : Dr. Ahmad Hatta, M.A.
Penerbit : Maghfirah Pustaka
Harga Pasaran : RM130 
Harga Zul Hypermarket RM70 SAHAJA




INOVASI TAFSIR AL-QUR’AN
Tafsir Qur’an Per Kata – Tafsir yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat hari ini. Ia berbeza sekali dengan Tafsir yang biasa ada di tangan kita. Ia merupakan “Tafsir Kalimah demi Kalimah” (Tafsir Harfiyyah). Tafsir bukan Terjemahan, begitulah menurut penulis tafsir ini. Kerana perkataan غشوة misalnya bermaksud tutup/tabir, tetapi di dalam Tafsir Per Kata ini tafsirnya ditulis terus di bawah setiap lafaz arabnya; “terdapat tutup (sehingga tidak melihat kebenaran).”
 Tafsir ini amat membantu anda yang mempelajari bahasa Arab, menghafaz Al-Quran, serta menjadi rakan setiap bagi mereka yang inginkan kelazatan membaca Al-Quran. Indahnya membaca Al-Quran dengan memahami setiap patah perkataannya. Menjadikan anda salah seorang daripada golongan yang dimaksudkan dalam sabdaan Nabi SAW :

 مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لمَ ْيُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Maksudnya : Barangsiapa yang mendirikan (membaca dengan memahami) 10 ayat (dalam sehari), tidak ditulis baginya dari kalangan orang-orang yang lalai.
(HR Abi Daud : Sohih, No. 1398)


ISTIMEWA 3 DALAM 1
  1. Terjemahan per kata
  2. Terjemahan ayat
  3. Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
Ditambah lagi dengan :
  1. Nota kaki sebagai huraian tambahan.
  2. Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab

SPESIFIKASI 
  1. Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 604 mukasurat.
  2. Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru, Merah, Merah Jambu & Ungu).
  3. Berat hanya 1.3 kg.
  4. Saiz A4. Mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.

SESUAI UNTUK DIJADIKAN
  1. Rujukan pelajar-pelajar agama mahupun orang awam
  2. Panduan kelas-kelas Al-Qur’an di Masjid/Surau
  3. Hadiah kepada ibubapa yang rajin membaca Al-Qur’an
  4. Hadiah kepada anak-anak yang belajar bahasa Arab & Tahfiz Al-Qur’an
  5. Hadiah pertunangan & perkahwinan
  6. Hadiah hari lahir & sebagainya

KOS PENGHANTARAN
PERCUMA