Saturday, October 9, 2010

03 : Abdul Hadi awang murabbi, ideolouge ,pemimpin


Tajuk : Abdul Hadi awang murabbi, ideolouge, pemimpin
Penulis : Riduan Mohamad Nor
Helaian : 411
Penerbit : Jundi Resources
Harga Pasaran : RM30
Harga D' Owner Enterprise : RM20 SAHAJA

Sinopsis : 
Buku ini diluncurkan untuk merakamkan perjalanan seorang tokoh besar dalam politik dan dakwah di negara ini. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menoreh nama yang besar pada lembaran sejarah kebangkitan Islam di Malaysia pada penghujung dekad 70an dan dekad 80an sehingga beberapa kali menghiasi majalah antarabangsa seperti Asia Week. Beliau telah diangkat menjadi ikon peserta kebangkitan Islam di Malaysia sehingga situasi itu digelar sebagai fenomena Haji Hadi, ceramah dan kuliahnya mencecah ribuan pendengar.
Aktiviti pembinaan kader dakwah juga berjalan dengan rancak pada dekad 80an dengan Tuan Guru menjadi tenaga pengisi paling utama di samping tokoh-tokoh ulama muda yang lain seperti Ustaz Harun Taib, Ustaz Yahya Othman, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rushdi, Ustaz Hassan Shukri dan lain-lain nama lagi yang tidak mampu untuk disenaraikan disini. Buku ini merakamkan sebahagian potret perjuangan tokoh besar uamt Islam ini dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak di panggung politik dan dakwah, juga untuk koleksi nostalgia generasi lama di medan perjuangan siasah negara ini yang mempunyai kenangan kolektif yang cukup manis, berada dalam dekad 80an, yang sarat dengan program amal tarbawi yang mengikat ukhuwah.

No comments:

Post a Comment