Tuesday, May 15, 2012

Nota Hati Buat Guru

Ku titipkan puisi ini untuk insan-insan yang bergelar guru diluar sana...

Jika hari ini…..

Anakmu ini megah sebagai jurutera,
Tidak dilupa akauntan si juara mengira,
Lebih dikagumi doktor yang berkhidmat tak kira masa,
Jua ustaz yang dihormati selaku golongan agama,
Tidak kurang juga yang menjadi pendidik si anak bangsa,
Masih ada juga yang bergelar mahasiswa di serata negara dan dunia,
Juga seluruh natijah insan hasil  didikan kalian

Semegah manapun kami berdiri kini,
Hari itu tetap kami kenangi,

Hari di mana dikau mendidik kami erti kehidupan,
Menyuluhkan ilmu dalam belantara kejahilan,

Terkadang menjadi ibu, bapa dan sahabat,
Tanpa jemu melantunkan nasihat,

Hari kami dileteri, diherdik dan didenda,
Semata ingin melihat kami berjaya,

Ingin dinoktah tutur bicara,
Dengan menyuratkan apa dirasa ,
Rasa terima kasih tidak terhingga,
Di atas didikan azimat berguna…

Monday, May 14, 2012

11 : Quran Digital


Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur mempelajari Al-Quran dengan bantuan mengunakan PEN READER dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

Semakan dan kelulusan dari pihak Kementerian Dalam Negeri.
No Rujukan, KDN : PQ/Q.1001/2.2/QE/283/28/2010

Keistimewaan:

• Mudah digunakan, hanya perlu sentuh pada mana-mana ayat atau surah, pena ini akan membacanya.
• Bacaan oleh Qari-qari terkenal dan boleh dipilih seperti: Abdul Bast Abdu Essamad, Abdul Rahman Al- Sudais, Sad al-Ghamidi, Ali al-Hudaifi, Maher al-Muayqili dan Menshavi, dll (7 Qari Pilihan)
• Boleh menukar bahasa, Terjemahan Bahasa Melayu & Inggeris.
• Terdapat juga butang mp3 yang boleh memainkan irama nasyid pilihan kita.
• Butang kawalan 'volume, speed, control & terjemahan'
• Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi
• Mendengar bacaan melalui pembesar suara atau fon telinga
• Mesra pengguna, mudah dibawa dengan dilengkapi beg kulit.
• Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri, (KDN) Malaysia

Pakej Terdiri daripada:

• Senaskah Al-Quran Rasm Uthmani Bersaiz “A5” dan Muqaddam
• Senaskah Muqaddam beserta panduan solat dan doa-doa harian
• Senaskah Indeks Al-Quran, Doa, Nasyid, Doa Haji & Umrah
• Buku panduan mengembara pelbagai bahasa: English, German, Chinese, Arabic, Japanese, Russia, dll.
• Sebatang Pen digital (4GB memori dalaman) berserta buku panduan
• Sambungan USB
• 1 Unit fon telinga
• 1 Strap untuk menggantung Read Pen
• Pengecaj Bateri (Menggunakan "lithium built-in" batteri)

Thursday, April 12, 2012

10 : Ringkasan KItab Al Umm


 
Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia [dan Malaysia], mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i.

Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.
Kitab al-Umm adalah satu di antara kitab-kitab Imam Syafi'i yang sangat terkenal. Di sana termuat fiqh Imam Syafi'i. Maka, tidak jarang apabila di dalam sesebuah perbahasan hukum fiqh disebutkan "menurut Imam Syafi'i" maka yang dimaksudkan adalah dalam kitab al-Umm tersebut. Kitab al-Umm adalah sebuah kitab tebal yang terdiri dari empat jilid dan berisi 128 masalah. al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Jumlah kitab/bab (persoalan) dalam kitab al-Umm sebanyak 40 bab lebih (wallahua'lam) dimulakan dari kitab at-Thaharah (bersuci) kemudian kitab as-Sholat. Begitulah seterusnya yang beliau susun berdasarkan bab-bab fiqh ..."

Ringkasan KITAB AL-UMM ini adalah terjemahan dari kitab Mukhtashar Kitab Al-Umm fiil Fiqhi, yang merupakan ringkasan kitab al-Umm yang disertakan dengan catatan kaki dari peneliti atau pentahqiqnya (penyemak). Ia memuatkan perkataan dan fatwa-fatwa Imam asy-Syafi'i dalam pelbagai perkara terutamanya skop fiqih. Penyusun semula kitab ini, setelah secara ringkas menyebutkan berkaitan biografi Imam asy-Syafi'i, pada jilid 1 kitab terjemahan ini membentangkan perbahasan masalah-masalah fiqh yang disusun secara berurutan seperti berikut:

a.. Tentang bersuci (thaharah),
b.. Tentang haid,
c.. Tentang solat,
d.. Tentang solat 'iedain (dua hari raya),
e.. Tentang jenazah,
f.. Tentang zakat,
g.. Tentang pembagian zakat,
h.. Tentang puasa,
i.. Tentang i'tikaf,
j.. Tentang haji,
k.. Tentang Korban,
l.. Tentang haiwan buruan dan sembelihan,
m.. Tentang makanan dan keterangan halal haramnya,
dan.. Tentang nadzar.

Sehinggalah ke jilid-jilid seterusnya dengan pelbagai lagi bab dan skop perbahasannya seperti:

Jual-beli, wasiat, hukum gadaian, hibah, luqathah (barang temuan), faraidh, jizyah, memerangi pemberontak, hukum pertandingan, perbahasan nikah, mahar, syighar, nafkah, diyat, hudud, qishash, pengadilan, talak, perbezaan pandangan di kalangan sahabat, perhambaan, rangkuman ilmu, hukum undian, memerdekakan hamba, wala', dan pelbagai lagi lainnya.

Setiap persoalan dibahaskan berdasarkan dalam bab-bab yang lebih khusus dan terperinci.

Perbahasan di dalam buku ini banyak dilakukan dengan pola dialogis (soal-jawab) yang menunjukkan bahawa Imam asy-Syafi'i seorang pendebat yang hebat. Sesiapa yang membacanya nescaya dia akan menyaksikan kekuatan hujjah imam asy-Syafi'i dan ketajaman hujjah berdasarkan al-kitab dan as-Sunnah. Tambahan catatan kaki, menyempurnakan kehadiran kitab ini.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmati penulis, peringkas dan peneliti dan menjadikannya sebagai amal yang mulia, yang dapat memperbesar timbangan kebaikan kita semua.

Tuesday, March 13, 2012

09 : Perpustakaan Digital

Anda mencari kitab turath tulisan ulama' silam? Tapi kesemuanya dalam harga yang SANGAT mahal?

Anda ingin mencari software kitab turath?
Anda ingin mencari rujukan soft copy untuk tesis kajian anda?
Anda ingin mencari kitab turath dalam format PDF?

Kini anda tidak perlu bimbang dan risau lagi..

Produk terbaru hasil usaha dan kajian RAKYAT MALAYSIA 

PANTAS, MUDAH DAN EKONOMI..

PANTAS : Pencarian kitab turath hanya dihujung jari anda..
MUDAH : Sistem penggunaan dan penyimpanan yang sangat praktikal..
EKONOMI : Menyelamatkan ribuan ringgit kos untuk membeli kitab.. (Kini hanya RM0.03 sen..)


Kini anda boleh membaca dan mencari kitab-kitab yang anda perlukan dengan MUDAH, hanya dihadapan komputer atau laptop anda..
 
Dibawah adalah contoh Paparan di dalam skrin komputer anda













Pelbagai bidang telah dikumpulkan di dalam e-kitab yang terdiri dari : 

Pengajian Islam dan Bahasa Arab 

mengandungi :-

lebih 10,000 naskah paparan kitab sebenar dengan lebih 1,600 judul

Bayangkan semua kitab ini di simpan di dalam rumah anda. Juga bayangkan khazanah ilmu yang dapat anda kumpulakan dengan hanya memiliki e-kitab ini.




















Manfaat berganda kepada anda..

Dengan memiliki produk ini, pelbagai manfaat akan anda perolehi antaranya :-
Menjimatkan berjam-jam masa mencari kitab turath..
Menjimatkan beribu-ribu ringgit kos membeli kitab turath..
Sistem penggunaan yang sangat mudah..
Mempercepatkan pencarian bahan rujukan..
Diakui sebagai sumber rujukan dan penulisan ilmiah..
Tidak memerlukan ruang penyimpanan kitab turath..
Sebuah perpustakaan besar yang mengandungi ribuan kitab turath, kini boleh dibawa
ke mana-mana sahaja.. (pelik tapi benar..)
Pelbagai lagi manfaat yang akan anda ketahui apabila memilikinya..

Kini, rahsia dibongkarkan.. Ini yang anda nantikan..

Pihak kami cuba membantu menyelesaikan masalah anda melalui produk berharga kami iaituPerpustakaan Digital. Anda hanya memerlukan sebuah kotak kecil ini sahaja (hanya sebesar buku).. Kecil-kecil cili api..
Ya, kotak kecil ini akan memberi seribu satu makna kepada anda.. Sebuah perpustakaan yang besar,mengandungi lebih 10,000 naskah kitab yang meliputi pelbagai bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dimuatkan hanya didalam kotak kecil ini sahaja..
Apa yang ada didalamnya..?

Satu set lengkap PERPUSTAKAAN DIGITAL  ini mengandungi :-

                   1. 10 DVD dan 14 CD mengikut bidang..
                   2. Buku senarai koleksi tajuk kitab-kitab..
               3.   Sebuah kotak penyimpanan yang comel..
  1. Buku senarai koleksi tajuk kitab-kitab.
  2. Sebuah kotak penyimpanan yang comel..

BONUS hebat untuk anda..


Hadiah Bonus 1

Perisian Maktabah Syamilah

Membolehkan anda membuat carian pantas  berdasarkan kata kunci yang anda inginkan..

- Perisian ini akan mencari kitab, tajuk dan isi kandungan yang bersesuaian untuk anda  hanya kurang sesaat tanpa anda perlu membuka kitab-kitab yang banyak..

- Perisian ini juga akan menyenaraikan tajuk kitab, muka surat, tajuk kecil dan perkataan yang sesuai untuk anda membuat pilihan..

- Anda juga boleh menyalin setiap perkataan didalam perisian ini ke dalam penulisan anda dengan mudah..

- Ianya mengandungi lebih 5,500 tajuk kitab turath yang anda perlukan..

- Pelbagai kemudahan disediakan didalam perisian ini.. Cara penggunaan semua kemudahannya telah dirakam untuk memudahkan anda menguasai aplikasi perisian ini..

Perisian ini sangat sesuai digandingkan bersama kitab-kitab turath didalam Koleksi Perpustakaan Digital ini.. ia akan membuatkan anda terkejut besar..
Hadiah Bonus 2

Perisian Mushaf Madinah
-Membolehkan anda membuat carian pantas ayat al-Quran berdasarkan kata kunci yang anda inginkan..

- Perisian ini akan mencari perkataan, ayat dan surah yang bersesuaian untuk anda  hanya kurang sesaat tanpa anda perlu menyelak satu persatu helaian al-Quran..

- Perisian ini juga akan menyenaraikan ayat dan surah yang sesuai untuk anda membuat pilihan..

- Anda juga boleh menyalin ayat al-Quran didalam perisian ini ke dalam penulisan anda dengan hanya satu klik.. 

- Anda juga diberi pilihan khat dan hiasan yang menarik, juga boleh menambah Bissmillah atau a’uzubillah di hadapan ayat.. 

- Sangat mudah dan pelbagai lagi keistimewaan perisian ini.. ia akan membuatkan anda akan terpesona..
Hadiah Bonus 3

Perisian Hadith
-Membolehkan anda membuat carian pantas teks hadith berdasarkan kata kunci yang anda inginkan..

- Perisian ini akan mencari tajuk kitab, bab, teks, dan perkataan yang bersesuaian untuk anda  hanya kurang sesaat tanpa anda perlu membuka ribuan kitab-kitab hadith..

- Berdasarkan kata kunci yang anda inginkan, perisian ini akan menyenaraikan tajuk kitab, periwayatnya, bab, nombor hadith, dan teks hadith yang sesuai untuk anda membuat pilihan..

- Pelbagai lagi kemudahan yang disediakan didalam perisian ini.. ia akan membuatkan anda teruja..
Hadiah Bonus 4

Perisian al-Quran beserta terjemahan dan 
tafsiran di dalam Microsoft Word
- Perisian ini memudahkan anda mendapatkan ayat al-Quran dan terjemahan beserta tafsiran di dalam bahasa Melayu untuk dimuatkan didalam Microsoft Words..

- Anda boleh membuat pilihan ayat al-Quran atau terjemahan dan tafsiran..

4 perisian BONUS HEBAT ini kami hadiahkan kepada anda dengan setiap pembelian set Perpustakaan Digital..

Anda kini telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan, gandingan PERPUSTAKAAN DIGITALbersama BONUS HEBAT yang akan memudahkan anda membuat kajian ilmiah dan pastinya anda akan bersemangat untuk menyiapkan penulisan/ kajian.. 


Bagaimana untuk memilikinya..?


Untuk memiliki ribuan kitab turath, anda terpaksa mengeluarkan wang yang sangat banyak dan masa yang amat panjang untuk mencari dan mendapatkannya.. 

Bayangkan untuk anda memiliki satu tajuk kitab turath yang mempunyai 20 jilid lengkap.. Satu jilid kitab di Malaysia berharga RM70, jadi untuk dapatkan satu tajuk kitab turath sahaja anda perlu belanjakan RM1,400 (RM70 X 20 jilid)... Ianya jumlah yang sangat besar dan hanya untuk satu tajuk sahaja..



   RM350      
Tahukah anda, kos untuk satu jilid kitab turath anda sekarang hanya RM0.03 sen sahaja (RM350/10,000)..    Pelaburan sekali seumur hidup..
Jaminan tanpa risiko 
Harga ini adalah untuk sementara waktu sahaja, Jangan lepaskan peluang selagi stok masih ada!!




Monday, March 12, 2012

08 : Tafsir Ibnu Abbas



Sebuah khazanah tafsir milik seorang pakar tafsir dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Ibnu 'Abbas, beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang pernah didoakan supaya diberi kefaqihan oleh Allah khusus dalam ilmu Tafsir. Beliau adalah salah seorang di antara dua orang sahabat Rasulullah yang paling pakar dalam ilmu tafsir. Seorang lagi adalah Ibnu Mas'oud.
Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-Qur’an dengan melihat kepada ayat al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Qur’an atau as-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.

Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud, beliau berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dan di antara mereka adalah al-Habrul Bahr (samudera ilmu), ‘Abdullah B. ‘Abbas, anak kepada pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan turjumanul Qur’an (pakar tafsir al-Qur’an) dengan berkah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ya Allah, berilah kepada beliau (Ibnu ‘Abbas) kefaqihan dalam agama dan ajarkanlah kepadanya ta’wil (ilmu tafsir).”

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada ‘Abdullah B. ‘Mas’oud, “Sebaik-baik turjumanul Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas.” Sanad hadis ini sahih.

Ibnu Mas’oud wafat pada tahun 32 Hijrah berdasarkan riwayat yang sahih. Dan ‘Abdullah B. ‘Abbas dipanjangkan umurnya sehingga 36 tahun setelahnya. Lalu bagaimana pula dengan ilmu yang diperolehinya setelah pemergian ‘Abdullah B. Mas’oud?

Al-A’masy meriwayatkan daripada Abu Wa’il, beliau berkata, “‘Ali menunjuk (mengisyaratkan) Ibnu ‘Abbas sebagai amir (pemimpin) bagi satu musim haji. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang ramai yang kemudiannya beliau membaca surah al-Baqarah (dalam riwayat yang lain, surah an-Nuur) lalu menjelaskan tafsirannya dengan sebuah penafsiran yang sekiranya penduduk Romawi, Turki, dan Dailam mendengarnya, nescaya mereka akan masuk Islam.”

Oleh sebab itulah Ismai’il B. ‘Abdirrahman as-Suddi al-Kabir dalam tafsirnya banyak meriwayatkan daripada dua sahabat ini, iaitu Ibnu Mas’oud dan Ibnu ‘Abbas.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)
Dari itu, tela'ahlah hasil khazanah tinggalan para sahabat Rasulullah ini. Beliau telah selamat meninggalkan kita. Jalannya jelas. Bahkan di antara manusia yang telah dijanjikan Syurga. Maka, tiada alasan lagi untuk kita tidak berpedoman kepada mutiara tinggalannya. Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah mereka yang sejahtera. Agar kita terhindar dari kefahaman-kefahaman al-Qur'an yang menyimpang!

07 : Tafsir Al - Aisar



Tafsir Al-Qur’an ditulis untuk menjelaskan makna dan maksud ayat didalamnya sehingga kaum muslimin dapat mengambil pelajarannya darinya. Tafsir Al-Aisar adalah salah satu kitab tafsir didalam dunia Islam dari sekian banyak kitab-kitab tafsir yang ada.

Ditulis seorang ulama dari Madinah, Syaikh Abu Bakar Jabir Al Jazairi- hafidhahullah-, yang berupaya menafsirkan Al-Qur’an sesuai pemahaman Salafush Shalih, suatu kitab tafsir yang diharapkan memudahkan kaum muslimin dalam memahami ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Qur’an. Disusun dengan metode khusus:

1.       menjelaskan erti kata per kata dari ayat secara literal
2.       menafsirkan ayat secara global dengan menghubungkan ayat satu dengan ayat lainnya, dan dengan hadits Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam, perkataan para Shahabat -radliallohu anhu- dan kata-kata hikmah.
3.       diakhiri untuk setiap ayat-ayat penafsiran dengan pelajaran-pelajaran yang dapat diambil dari ayat tersebut.

Diantara Keistimewaan Kitab Tafsir ini :

1.       berukuran sedang, tidak terlalu ringkas yang dapat mengurangkan pemahaman dan tidak terlalu panjang sehingga membuatkan pembaca merasa bosan.
2.       mengikuti manhaj Salaf dalam masalah Aqidah, Asma’ dan  Shifat

3.       Konsisten untuk tidak keluar dari empat madzab dalam masalah-masalah fiqih

4.       Bersih dari tafsir Israilliyat, baik yang shahih mahupun yang lemah, kecuali yang menjadi tuntunan pemahaman ayat, dan memang diperbolehkan untuk meriwayatkannya.

5.       menyertakan perbezaan-perbezaan pendapat dalam penafsiran

6.       Mengikuti pendapat yang dikuatkan oleh Al Imam Al Mufasir Ibnu Jarir Ath Thabari -rahimahullah- dalam kitab tafsirnya, jika terdapat perbezaan penafsiran oleh para ulama tafsir.

7.       Menjauhkan tafsir ini dari masalah-masalah tata bahasa, balaghah, dan bentuk-bentuk argumen bahasa.

8.       Tidak menyentuh qiraat kecuali hanya pada ayat-ayat tertentu dan memang perlu

9.       Mencukupkan pada hadits shahih dan hasan saja.

10.    tafsir ini tidak memaparkan banyaknya perbezaan penafsiran, namun komitmen dengan makna yang rajih/kuat, yang banyak dipakai oleh para mufassirin dari kalangan Salafush Shalih, dengan tujuan untuk menyatukan muslimin dalam satu pemikiran Islam yang terpadu, benar dan lurus.

11.    memudahkan muslimin untuk mempelajari dan mengamalkan Al-Qur’an dan menjauhkan dari pengamalan yang sekedar wacana dan perdebatan.


Saturday, October 8, 2011

06 : Promosi Tafsir Mubin!!



DBP telah menerbitkan Tafsir Mubin iaitu tafsir asli yang pertama karya penulis tempatan, buku ini menggunakan kaedah Syeikh Ali Sobuni sesuai untuk bacaan Umum, bersih daripada unsur Israliyah serta di peraku oleh pihak JAKIM dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Buku tafsir ini diterbitkan dalam bentuk set dan mengandungi 6 Jilid mulai Juzuk 1 - Juzuk 30, amat sesuai untuk bacaan di perpustakaan. Segala pesanan boleh di buat melalui tunai/menggunakan L.O. kerajaan.

AHLI JAWATANKUASA PENYEMAKAN DAN PENILAIAN PERINGKAT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1.Dr Ahmad Najib b. Abdullah (Universiti Malaya)
2.Dr Azwira b. Ab Aziz (Universiti Kebangsaan Malaysia)
3.Dr Juanda b. Jaya (Jabatan Agama Islam Sarawak)
4.Mohd Salahuddin b. Dato' Paduka Mohamad
5.Norliza bt Embong

Sesuai untuk Pemimpin, Ulamak, Ahli Akademik, Pensyarah, Mahasiswa, Guru, Pegawai Kerajaan dan Swasta serta untuk menimba ilmu Al Quran dalam kalangan keluarga mukmin.
Jadikanlah 'TAFSIR MUBIN' sebahagian daripada bahan rujukan dalam perpustakaan anda...
'JELAS, MUDAH DIFAHAMI DAN LENGKAP'

Harga Pasaran : RM 600
Harga Promosi : RM 270

Jika berminat boleh hubungi Zul : 0132009781

Harga Promosi adalah sehingga 30 Oktober 2011.
Selagi stok masih ada!!