Tuesday, May 15, 2012

Nota Hati Buat Guru

Ku titipkan puisi ini untuk insan-insan yang bergelar guru diluar sana...

Jika hari ini…..

Anakmu ini megah sebagai jurutera,
Tidak dilupa akauntan si juara mengira,
Lebih dikagumi doktor yang berkhidmat tak kira masa,
Jua ustaz yang dihormati selaku golongan agama,
Tidak kurang juga yang menjadi pendidik si anak bangsa,
Masih ada juga yang bergelar mahasiswa di serata negara dan dunia,
Juga seluruh natijah insan hasil  didikan kalian

Semegah manapun kami berdiri kini,
Hari itu tetap kami kenangi,

Hari di mana dikau mendidik kami erti kehidupan,
Menyuluhkan ilmu dalam belantara kejahilan,

Terkadang menjadi ibu, bapa dan sahabat,
Tanpa jemu melantunkan nasihat,

Hari kami dileteri, diherdik dan didenda,
Semata ingin melihat kami berjaya,

Ingin dinoktah tutur bicara,
Dengan menyuratkan apa dirasa ,
Rasa terima kasih tidak terhingga,
Di atas didikan azimat berguna…

Monday, May 14, 2012

11 : Quran Digital


Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur mempelajari Al-Quran dengan bantuan mengunakan PEN READER dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

Semakan dan kelulusan dari pihak Kementerian Dalam Negeri.
No Rujukan, KDN : PQ/Q.1001/2.2/QE/283/28/2010

Keistimewaan:

• Mudah digunakan, hanya perlu sentuh pada mana-mana ayat atau surah, pena ini akan membacanya.
• Bacaan oleh Qari-qari terkenal dan boleh dipilih seperti: Abdul Bast Abdu Essamad, Abdul Rahman Al- Sudais, Sad al-Ghamidi, Ali al-Hudaifi, Maher al-Muayqili dan Menshavi, dll (7 Qari Pilihan)
• Boleh menukar bahasa, Terjemahan Bahasa Melayu & Inggeris.
• Terdapat juga butang mp3 yang boleh memainkan irama nasyid pilihan kita.
• Butang kawalan 'volume, speed, control & terjemahan'
• Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi
• Mendengar bacaan melalui pembesar suara atau fon telinga
• Mesra pengguna, mudah dibawa dengan dilengkapi beg kulit.
• Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri, (KDN) Malaysia

Pakej Terdiri daripada:

• Senaskah Al-Quran Rasm Uthmani Bersaiz “A5” dan Muqaddam
• Senaskah Muqaddam beserta panduan solat dan doa-doa harian
• Senaskah Indeks Al-Quran, Doa, Nasyid, Doa Haji & Umrah
• Buku panduan mengembara pelbagai bahasa: English, German, Chinese, Arabic, Japanese, Russia, dll.
• Sebatang Pen digital (4GB memori dalaman) berserta buku panduan
• Sambungan USB
• 1 Unit fon telinga
• 1 Strap untuk menggantung Read Pen
• Pengecaj Bateri (Menggunakan "lithium built-in" batteri)